Alhamdulillah, tahun ni dapat sambut ramadan sekali lagi, terima kasih Ya Allah kerana aku masih lagi bernafas hingga hari ini.
Sebenarnya entry ke Busan belum siap lagi tapi dah plan untuk next vacation plak. Moga semuanya dipermudahkan..
Aku masih lagi seorang TTCian dan masih dengan amalan supplement natural. Mengharapkan keajaiban berlaku dalam masa setengah tahun ini.
Harapan dan impian, moga ada perkhabaran yang baik datang di bulan yang suci ini.
Dan rawatan IVF ku akan diteruskan selepas raya. Plan aku masih tetap ingin ke Alpha Fertility Centre. Doakan yang baik-baik ya.
Salam Ramadan buat semua :-)
2 comments:
Ramadhan Kareem Tyra...Smg Ramadhan kali ini Allah makbulkan semua doa kita, dan smg Allah Rahmati kita dunia akhirat...amin...
ST ~ Selamat Hari Raya kak... maaf lama sangat tak bukak blog ni:-)
Post a Comment