Assalamualaikum.
Hai semua!!!!
Ya Allah….
Mintak ampun pada semua yang menanti hapdep terkini dari hakak. Dari sehari ke
sehari dok tangguh sampai dah makan tahun entry ke Busan ni. Adoi… malu
sungguh! tak senonoh betul perangai hakak kan.
Tak tahu
lah sempat ke aku nak hadap semua entry yang dah berkulat ni. Untuk pengetahuan
korang, ada 3 lokasi yang akan hakak cuba kongsikan dalam entry yang akan
datang. Entry pertama, ke Busan, kemudian hakak ke Umrah dengan melakukan DIY
dan yang terakhir awal May 2017 hakak ke New Zealand. Coming soon Disember 2017
hakak akan ke China. Mood bukan main nak berjalan tapi itinerary langsung hakak
tak buat walau satu baris sekalipun. Hahahaha.
Dalam
banyak-banyak entry yang akan aku kongsikan ni, yang paling mencabar adalah
semasa melakukan Umrah secara D.I.Y. Serius aku cakap, kalau tak ada kekuatan,
memang lama dah aku give up. Tapi, syukur ahamdulillah. Allah memudahkan
segalanya yang telah dirancang. Nanti aku akan kongsikan dalam entry seterusnya
ye.
Ok. Balik
pada entry ke Busan ni. Tak yah nak bebel panjang jelar sangat dah.
Trip ke
Busan, South Korea ni sebenarnya dah setahun lebih dah. Aku pergi hujung bulan
Februari 2016. Waktu ni musim sejuk. Mak aiiiii!!! Sikit lagi nak menganjak ke
2 tahun. Sebelum masuk 2018, baik aku cepat-cepat hapdep sebab makin lama makin
lupa dah perjalanan ke sana. Hahahaha.
Trip ke
Busan ni pada 22 Januari 2016 hingga 27 Januari 2016. Ada suka dan duka
sepanjang trip kali ni. Satu pengalaman besar yang tak mungkin dapat dilupakan.
Seperti
biasa, lepas balik kerja cepat-cepat aku packing baju. Ni dah jadi macam satu
tabiat sebab aku suka kemas baju last minute. Korang yang nak cuba packing baju
last minute ni digalakkan sediakan check list semua benda supaya tak tertinggal
satu barang pun nanti. Lebih kurang jam 9.00
malam kami bertolak dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral. Parking kat sana
lebih murah dan berbaloi berbanding parking di KLIA2.
Kemudian kami naik ERL
terus ke KLIA2 memandangkan penerbangan kami adalah bersama AIR ASIA. Selesai
semua urusan check – in dan dropped bag kami berlenggang jalan menuju ke balai
berlepas. Memang amalan hakak tak suka berlari-lari, kelam – kabut nak kejar
gate. Bukan korang tak tahu, KLIA2 tu kalau menapak tak cukup setengah jam
laluan ke gate. Tabah je la nak tiket murah kan. So, sampai awal, boleh
jalan-jalan sambil cuci mata kat ruangan bebas cukai tu.
Flight
berlepas sengaja aku pilih tengah malam. Supaya tak banyak masa yang terbuang.
Flight berlepas lebih kurang jam 1.30 pagi. Dalam flight, lepas makan kami
tidur. So, celik mata je dah nak sampai.
Penerbangan ke Busan sama macam ke
Seoul, lebih kurang 6 jam 30 minit.
Alhamdulillah,
sampai di Busan jam 8.00 pagi (waktu tempatan).
Perbezaan masa adalah sama macam Seoul.
1 Jam lebih awal dari waktu di Malaysia.
Gimhae
Airport (Busan) kecil berbanding di Incheon Airport (Seoul). Pusing-pusing situ
je. Korang tak kan tersesat punya. So, jangan risau, jangan debar. Yang paling
penting, kutip sebanyak mungkin Guide Map, Busan Subway Line, Tour Map dan segala mak nenek yang ada
kat area Information Counter tu. Kalau korang terlupa ambil agak susah sikit
nak mengenal laluan.
Oh ya! Jangan lupa beli sekali T-Money hokey? Benda alah
ni kalau korang lupa beli memang menjajau la nak naik train nanti.
Diingatkan,
cuaca musim sejuk di Busan ni lebih melampau sejuknya dari Seoul. Walaupun
Busan tak ada snow yang turun, tapi angin sejuk sebelah laut Busan memang buat
korang jalan mengundur nanti. Hahahahahaha. Ni memang satu pengalaman hakak
yang tak boleh lupa waktu ke Korea.
Meh
layan gambar Airport Busan yang kecil ni.
Passenger Changing Room. Dalam ni ada beberapa bilik yang disediakan. Korang boleh solat dalam ni.
Ni la bilik-bilik kecil yang ada dalam Passenger Changing Room.
Ok. Sambung next entry.
No comments:
Post a Comment