FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Wednesday, November 6, 2013

Day 1 : Cuti-Cuti Ho Chi Minh ~ Celoteh 1 (Airport Tan Son Nhat, Vinasun Taxi & An Tam Hotel)

Holaaaaaa...... Setelah 2 minggu balik dari Ho Chi Minh, baru hari ni aku nak hapdep entry... hahahahahhaa... APTB!

Kuala Lumpur :
7.00 pagi : Dah bangun.. Mandi dan siapkan diri..Laju-laju kejutkan Mr.Cool... kalau lambat aku tinggal je.. hahahaha
8.00 pagi : Siap mandi...nak pergi breakfast nasi lemak kat BK1.. Sedang elok menikmati nasi lemak, tiba-tiba Mr.Cool dapat panggilan....punye la laju kitorang makan.. mood hilang sebelum berseronok nak holiday... :-(
9.30 pagi : Mr.Cool bergegas ke Opiz.. dapat panggilan ada breakdown projek dia.. hangin aku 1 badan.. apa punye staff la depa ni... boss cuti sibuk kaco %^
10.30 pagi : Aku siap-siapkan diri bertolak ke rumah mak.. sebab pergi dengan adik.. dia pun nak join sekali katenye... bawak je la... malas nak tunggu Mr.Cool.. so, nanti biar Mr.Cool datang umah mak amik aku... *kunun merajuk la tuh!*
11.30 pagi : Lepas Mr.Cool sampai rumah mak, kami siap-siap dan bertolak ke LCCT. Bawak kete aku... dan park je kat sana... tak payah nak suruh orang amik hantar bagai... Kat LCCT tu kalau nak parking murah korang parking kat hujung..Ada parking lot untuk per day kat situ.. carik la ye. Parking Fee di LCCT RM16 per day. shj... kongsi-kongsi bayar. Murah kan??ok la tuh....
12.00 tghari : Sampai LCCT...
2.50 ptg : sepatutnya dah fly ke Vietnam.. tapi flight delay sejam... macam haram.. lama tunggu dlm tu... tido je la keje aku..hahahaha..

Vietnam :
5.50 ptg : Alhamdulillah, selamat sampai kat airport... (waktu tempatan vietnam : 4.50 ptg)
Air port sana cantik jugak... kemas je... yang paling penting dalam hidup aku, toilet kat sana even tak ada air, tapi bersih... rasa kagum pulak dengan sistem kebersihan disana berbanding kat LCCT... *opss!! terlebey sudah...*

Jom kita start story dari sini ye...  
Sampai sudah airport Tan Son Nhat International Terminal, Ho Chi Minh, Vietnam

Nak amik taxi Vinasun korang kena keluar jalan luar... sebab taxi airport agak mahal sikit.... So, Keluar je dari pintu airport, korang ikut jalan parking kereta, then cari jalan keluar ikut gate..ada sebelah kiri.. Terus jalan keluar... Land mark korang tengok PARKSON/CANON yang aku tunjuk tu ye.. 
*kat sana baru lepas hujan.... jalan basah.. musim hujan kat sana sama macam Malaysia.. tapi hujan kat sana tak la lebat macam kat Malaysia..*
Itu dia bangunan Parkson / Canon tu....


Yeaaa!!! Dah semakin hampir... tak la jauh sangat pun nak jalan.....


Nampak tak taxi luar yang banyak tu??? Lokasi ni memang betul-betul depan jalan kat luar airport ni.. Tapi korang jangan tertipu hokey..... Jangan amik taxi dari sini.. Pendek kata jangan melangkah masuk sini la... Sebab kalau korang masuk susah nak keluar, nanti driver-driver taxi dalam ni paksa korang naik taxi dia.. Korang teruskan jalan sampai betul-betul depan PARKSON tu.. tunggu je taxi kat tepi jalan.. walaupun tak ada bus stop. Nanti nampak taxi VINASUN korang tahan je... mesti dia berhenti..


Bila korang masuk dalam taxi ni, mesti akan ada meter kat sebelah driver taxi tu. Tengok angka 14, itu maksudnya harga tambang dalam DONG VIETNAM .. waktu ni dah masuk ke 14000 Dong Vietnam... (tambahkan 3 angka 0 kat belakang).. Sebab tu aku suruh korang install apps Currency dalam hanset. Senang nak tekan dan convert duit Malaysia.. :-)
* Note : Sila Tulis Nama & Alamat Hotel besar-besar dalam kertas A4 untuk tunjuk kat driver taxi. Sebab penduduk kat Vietnam ni memang majoriti out English.. macam ayam vs itik je aku bercakap.. hahahah... So, sediakan kertas & pen sepanjang jalan korang nanti ye...
Harga Tambang dalam anggaran 150000-200000 Dong Vietnam = RM25 -RM30


Lebih kurang menempuh perjalanan yang agak jem petang tu, dalam 20-30 mins, ktorang pun sampai kat Hotel... land mark hotel An Tam ni dekat sangat dengan Restoran Basiroh, berdepan dengan lorong Pasar Ben Than.. Atau ada lagi satu restoran Kampung Melayu.. Nampak je Restoran ni, maknanya hotel tu ada betul-betul di hadapannya. Korang dongak dan tengok kat atas, akan nampak la Hotel An Tam ni.. Sebab agak keliru sikit nak carik hotel ni.. bawah dah ada kedai menjual, jadi dah terselindung sikit.


Bab makan kat sini ok je.... Kampung melayu punya makanan memang tip top hokey.. tapi harganya 2x ganda dari tempat lain.. sebab ownernya Dato' rupa-rupanya.. hahahahhaa.. Dato' dari Malaysia.. tah apa tah namanya.. lupe dah aku.. *tak penting pun* Sekali je la aku makan kat situ... esoknya aku dah balun makan kat Restoran Basiroh sebelah tu.. nampak x?


Rupa dan keadaan dalam Hotel An Tam. Not bad la.. murah pun murah sangat...pakej sehari dalam RM60 je.. ok la tuh! Nama pun percutian budget kan.. bukan nak tido 24 jam dalam bilik.. hihihi.. korang boleh booking kat www.agoda.com Lagipun, yang bagusnya hotel ni, siap ada penimbang berat.. so, korang boleh la budget berapa berat beg nak balik nanti..


Tempat menunggu dan beristirehat... ok je...

Rehat jap.... penat sangat kot aku hari ni......

Click Sini untuk tips ke Vietnam : http://inicelotehaku.blogspot.com/search/label/Tips%20Bercuti%20%2F%20Melancong%20Ke%20Vietnam

6 comments:

Aiza Haris said...

haii salam kenal, suka baca entry kat blog awak ni... terutama bab cuti2...boleh jadikan sebagai rujukan ;)

Tyra❤️Zami said...

Hye Aiza... Thanks... :-)

Anonymous said...

salam,kt vietnam hari hujung minggu mereka hari ape ek? :)

Tyra❤️Zami said...

Ano : sama mcm M'sia.. cuti jugak :-)

Unknown said...

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum wbt…

Saya mohon izin dan maaf pada TT untuk buat promosi sedikit disini.Dengan rendah diri saya(ejen di Malaysia) mewakili agensi Pesona Andalan Wisata-Indonesia ingin menawarkan pelbagai pakej menarik percutian ke Destinasi Pilihan di Indonesia.
Perkhidmatan kami adalah professional dan Syarikat yang sah disisi undang2.

Pakej yang kami tawarkan kepada anda adalah dengan harga yang amat berpatutan dan lebih rendah di bandingkan dengan mana2 Ejen di Malaysia. Namun kami tetap akan memberikan servis yang terbaik utk anda. Harga masih boleh nego selagi tidak rugi…InsyaAllah.

Semua urusan dijalankan di Malaysia supaya dapat memberi keyakinan dan kemudahan untuk anda berurusan. Semua urusan akan disertakan dengan resit dan invoice sebagai bukti pembayaran.

Temujanji juga boleh diatur(kaw. Lembah Klang) untuk sesi perjumpaan/pembayaran atau perbincangan jika anda mempunyai group yang besar untuk melancong.

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Pilihan, boleh layari Blog kami di:

http://inspiratourism.blogspot.com/

Untuk pertanyaan pakej,anda boleh terus menghubungi saya di talian:
Call/SMS/Whatsapp - 011 3291 2648 (Zainizam)

haidar said...

Salam..
Bestnya jln2 smbil shopping^^
Just nak share..Hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com

Tq..