FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Monday, November 11, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Ho Chi Minh ~ Celoteh 2 (Saigon Square,Penarik Beca Ho Chi Minh)

Hari Isnin yang memang lemau bagi semua orang... arrrghhhh..malasnya rasa nak keja hari ni.. tapi aku gagahkan jugak sebab dah buat temujanji dengan customer.. pulak tu keja kat opiz belambak-lambak tak siap lagi.. Mood memang lazy sangat-sangat hokeyyy..

Tunggu dekat setengah jam pak cik beca yang baekkkkk hati sangat tu pun sampai... memang ceria sangat la muka dia kan...


Taraaaa!!! sempat aku snap gambar ni.. dia tak perasan... aku macam pelik je sebab dia memang tak bagi kitorang amik gambar dia.. bila keluarkan hanset je, dia suruh masukkan dan simpan dalam beg... Rupa-rupanya ada cerita disebalik tu....
sabar..sabar.. aku nak cerita la ni.. korang nihhhh..!


memang scary sangat tengok lalu lintas dorang.. boleh pitam dibuatnya! Tak ada sistem langsung... negara belum maju... terima je la hakikat... Bumi Malaysia lagi indah!! Malaysia tanah airku.....
cuba korang tengok... kat sini majoriti rakyatnya menggunakan motor dari kereta... yang pakai kereta ni kira semuanya kaya-kaya jugak la.....gambar ni aku sempat snap masa aku atas beca.... aiyoooo... seram nihh!!! moto, kereta, depan mata semua... tapi, dorang memang cekap gila la.. kagum sekejap..


tengok kereta 4wd ni...!! depan mata aku je... huissshh...kalau aku yang drive memang tak la dengan traffic macam haram jadahnya ni..!


inilah dia laluan masuk ke Hong Kong Market... sampai sudah kat sini...lebih kurang 20 minit jugak la naik beca ni... dah rupa macam kat chow kit je keadaannya.. kotor tak payah cakap la yek!! Dorang panggil Hong Kong Market sebab katanya orang-orang kat sini semua cakap dah amcam bahasa cina slangnya... itu yang dipanggil Hong Kong Market..



Inilah rupanya Hong Kong Market... hahahahahhaa... buruk sangat wey... aku ingat hotel budget mana si penarik ebca ni bawak.. rupanya ada market kat dalam bangunan ni.. sorry sangat sebab aku tak dapat snap keadaan dalam bangunan ni.. memandangkan aku tengok macam scary je orang-orang kat sini.. semua dok pandang kami macam la kami ni penjenayah.. adoiii...memang tak ada pelancong pun yang datang sini... baik mat salleh ke, atau Malaysian memang tak ada...maybe dorang pelik kot kitorang ni datang macam mana kat sini kan.. hihihi... Masa nak membeli pun memang agak payah gila.. ada seller memang tak nak langsung menjual kat kami.. sebab dorang tak pandai langsung spoken.. hahahaha...lawak gila kot.... macam ayam itik je kami berurus niaga dengan seller.. nasib la kat tangan aku sentiasa ada kertas putih... aku sebut kat seller "Vietnam Dong" sambil tunjuk kertas suruh dia tulis berapa harganya... hahahahha... dah macam cakap dengan orang bisu..memang tak boleh lupa kenangan ni.. ^^ 
Selesai membeli belah lebih kurang sejam lebih dalam bangunan ni, kami keluar balik carik pak cik beca tu.. penat sangat rasanya sebab dalam ni tak ada air cond.. panasnya tak payah cakap la..

Pak Cik Beca tunggu kami dekat dengan bangunan Co.Co Mart ni...
Kami bergerak menuju ke HRC Ho Chi Minh.. alang-alang tu suruh dia drop sekejap sebelum balik ke hotel.. malas nak jalan kaki dah...


My Mr.Cool tunjuk isyarat bagus.. bagus keeeeee??


Memperkenalkan....... Jeng jeng jenggggggg!!! ni la driver tak berbayar aku tuu...puas la hati dia dapat sampai kat HRC ni... Lepas habis duit, kami keluar dan teruskan perjalanan menju ke arah Ben Than Market.. cadangnya aku nak berjalan kat War Museum.. tapi malangnya cube korang tengok langit dalam gambar kat bawah ni.........


Mendung...... dan akhirnya hujan turun renyai-renyai... arrrghhhhhh... tensen sangat kot kitaorang!!


Sempat snap je gambar.... nak berhenti tapi dah hujannn... :-(


Ni kat District 1... memang banyak sangat barang berjenama yang mahal-mahal yang memang tak mampu kot nak beli... bukan tak mampu, tapi lebih baik duit tu kita sumbang ke arah kebaikan... Derma ke, belanja famili ke, ape ke... kan lagi bagus.. ^^


Gereja kat tengah-tengah bandar...

Sebelum drop kami, pak cik beca bawa kami pergi minum kat satu lorong tu... aku rasa port dia selalu lepak kot.. macam pelik sangat je tempat dia... malas aku nak cerita panjang, pak cik beca tu memang plastekkk sangat hokey.. siap la dia puji-puji orang Malaysia baik la..ape la.... last-last rupa-rupanya dia ni penipu!! lepas minum tu dia minta kami bayar sorang Vietnam Dong 800000 (Lapan Ratus Ribu!!).. kiranya dalam duit Malaysia RM120 seorang..!! Ayoooo!! masa tu aku dah sedar yang dia dah tipu kami... tapi malangnya.... tak kan aku nak bertekak pulak dengan pak cik bangang ni kan??? Kang tak pasal-pasal kami tak boleh balik Malaysia, kene kerat 18 kat sini...Oh tidakkkk!!!! Sambil meitiskan air mata (dalam hati je la), kami keluarkan duit dan menyumpah-nyumpah pak cik bangang tu.. bukan dia paham cakap melayu pun..masing-masing sakit hati yang tak boleh nak dibayangkan macamana... hadoi.... mood masa tu semua dah out la!! Nak buat macamana..... nasi dah jadi bubur... mungkin tu bukan rezeki kami la tuh....Tak pe la.. nanti Allah gantikan 10x ganda dari tu... *kunun nak pujuk hati sendiri...tapi dalam hati memang menyirap-nyirap darah ni!*

Disebabkan hujan petang tu, tak dapat la kami nak meneruskan niat untuk ke tempat-tempat dalam list travelogue... aduiiii... dah la bengang dengan pak cik beca, lepas tu hujan pulak... yang kami sakit hati, pak cik beca ni memang tak nak hantar kami kat hotel pun. Boleh pulak dia drop kami jauh sikit dari hotel. Agaknya dia takut kot.. APTB!!

So, disebabkan hari hujan, plan bertukar mencarik kedai kain... memang aku borong banyak kain dan tudung kat sana!! Tapi bukan untuk diri sendiri yek! untuk kiriman orang je lebih.. hahahaha... sabo je la.... sudahnya aku beli Kain Sepasang untuk aku dengan tduung sehelai... Selebihnya orang lain punye... Adoiii..*tepuk dahi sendiri*


 
belanja korang sikit tengok baju bajan dan kain kayan yang superbb murah berganda-ganda dari KL.. *boleh gila jap..*


sedang meneleku dan berkira-kira
*bukan untuk kegunaan diri sendiri, tapi untuk orang lain*
Aku yang pening last-last...


Kesimpulannya, lepas habis memborong tudung-tudungan dan kain kayan, kami balik ke hotel... amsa tu ahri dah mula gelap.. malas nak fikir panjang, badan dah letih.. fikiran dan otak lagi superbb letih tambah pulak sakit hati yang tak habis-habis..
*kalau jumpe pak cik beca tu, aku nak jerit kat dia.... "STUPIDDD!!!"


Sambung lagi..... mood hilang pulak bila ingat kat pak cik beca (*%&*%&^&*$!!

3 comments:

Aiza Haris said...

makkkk aiiiiiii mahall gilerrrrr dia mintak.. ngalahkan sewa transport 1 hari pusing smp sg mekong... siann awakk.. skt ati jugakk bila baca tu... haihh.. mmg stupidd lah

Tyra❤️Zami said...

tau x pe... caj seorang pulak tu.. gile kan? Masa g CAmbodia dulu pusing 1 sg.mekong pun x de harga gini.. geramnyeee

Anonymous said...

saya dah kena juga!!!! cite lebih kurang sama.
~Wanderer~