FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Tuesday, June 24, 2014

Day 4 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 1 (Nami Island)

Cakkkkk!!!!

Wahhh ko... boleh cak - cak lagi..

Walhal kepala dah berdenyut-denyut sakit ni.

Stress dengan kerja yang tak tahu bila nak habisnya.  Makin hari makin bertimbun.

*Siapa kata kakitangan awam makan gaji buta tu memang salah. Hakikatnya memang korang buta sebab tak tahu tugas dan tanggungjawab yang dipikul semakin membebankan*





Hari ke-empat di Seoul, Korea.......

Trip hari ni ke Nami Island!

Memang dari awal dah rancang trip ke Nami Island ni aku masukkan pada hari ke-empat iaitu hari Isnin.

Sebabnya, kalau aku masukkan hari minggu, confirm pelancong macam semut kat sana. Nak snap pun stress nanti sebab asyik nampak muka orang lain.

Perjalanan ke Nami Island ni mengambil masa yang agak lama. Lebih kurang 1 jam 50 minit. Dan korang memang kena spend time hold day untuk trip ke Nami Island.

Seperti biasa, solat awal pukul 4 pagi waktu tempatan. Sambung tidur balik.

Bangun pagi, breakfast dan bersiap. Kami bergerak ke Nami Island dalam pukul 9 pagi.

Routes :  Anguk Station > Jongno 3-ga Station > Hoegi Station > Sangbong Station (Jungang Line) > Gapyeong Station (Gyeongchun Line)
Arrived: Get Taxi to Jetty ; 5 mins

Wahhhh... jauhnya perjalanan........................ Banyak station yang korang perlu transit.  So, pastikan ikut line yang betul ya.

Sampai sudah di Nami Island. Station Gapyeong adalah station yang terhampir.
*Bukan hampir, tapi kira wajib berhenti sini la. Kalau terlajak, sila patah balik*

Sampai di Gapyeong Station, keluar ke pintu utama, korang akan nampak berlambak teksi beratur tunggu customer. So, pilih dan naik sahaja mana-mana teksi yang ada. Tambang ke Jetty Ferry tak mahal pun. Lebih kurang KRW 3,100 shj.
*Sila tengok pada screen shoot kat atas ni. Ngam-ngam KRW 3,100*

Teksi akan berhentikan korang berhampiran dengan 7-Eleven. Korang akan nampak di depan korang banyak bas pelancong parking. So, korang kena jalan terus celah-celah bas yang parking tu dan cari kaunter tiket ferry seperti gambar di atas. Harga tiket ferry KRW 8,000 seorang.
*Kelihatan hujan renyai-renyai waktu ini. Memang sejuk sangat hokey*

Sedang menunggu di ruang menunggu ferry. Pose sikit-sikit sudah....
*Apa bahasa aku pakai ni??*

Kelihatan dedaunan bunga sakura bertaburan di atas tanah.  Huk huk huk...... menangis tersedu-sedan tengok daun sakura.....
*Hajat dihati tak kesampaian nak tengok sakura mengembang. Sampai hati ko gugur sebelum kehadiran aku.... Sedeyyy!!*

Yeaaaa!!!! Dari jauh nampak dah ferry datang nak amik kami..

Masing-masing berpayung.  Walhal ujan renyai-renyai manja je.. Agaknye mereka ni tak biasa kena hujan walaupun hujan renyai-renyai kot???
*Motif. Menyampah dalam hati*

Taraaaa!!!!! Sebab kami sampai awal, so memang tak ramai sangat pelancong waktu ni.
*Sempat bersnap depan ferry*

Lebih kurang 10 minit perjalanan, sampai dah di Kepulauan Nami.  Ada pintu gerbang dan juga botol-botol yang disusun menjadi seakan-akan pokok krismas. Simbolik Nami Island agaknye.

Haihhhhhhh!!!! Jangan korang terkejut bila tengok aku berpayung! Hahahaaa... Akhirnya aku pun terbeli payung jugak. Tapi aku beli bila dah sampai pulau. Mahal woooooo... Harga payung kecik tenonit ni je dah KRW 8,000.  Menyesal tak beli masa kat station subway.  Rupanya, hujan yang renyai-renyai tu bila dah banyak kali kena kepala dan badan, lama-lama basah jugak kan? Hahahahahaa... Itulah dia..... Perangai tak serupa bikin.
* Aku di dalam cinta hati Mr.Cool.. wink winkkkk...*

Satu-satunya pokok cantik yang tinggal kat Nami Island tu. Yang lain semua dah bertukar warna kekuning - kuningan. Masing-masing berebut nak capture berlatarbelakangkan pokok ni.
*Mula-mula tak ada orang. Bila depa dok tengok aku dan Mr.Cool menggedikkan diri kat pokok ni, dan-dan ramai orang datang nak gedik jugak.. alahaii.....*

Satu lagi... Subhanallah..... Saujana mata memandang...

Ehem ehem..... Sila tutup mata kalau tak sanggup tengok gambar yang menggedik ni.
*Tak rugi rasa pilih hari Isnin, sebab tak ramai orang. Boleh fefeling over posing ambil gambar*

Again..... Mr.Cool... Berlatarkan pokok-pokok yang tinggi macam galah tu.. pokok apa tah. Aku pun tak tahu.

First Kiss Winter Sonata

Cakkkkk!!! Bear ni menyorok atas pokok walaupun dia tak sedar badan dah terlebih muatan.

Winter Sonata lagi...
*Balik Malaysia nak layan Winter Sonata lah. Hahahahaha*

Sekali lagi hatiku disakiti... Menyaksikan dedaun sakura bertaburan di atas tanah.....
* sob...sob...sob...... menangis lagi. Rasa nak kutip daun tu simpan dalam poket*





Sambung lagi untuk koleksi gambar sekitar di Nami Island.... Stay tuneeeeee....... ^^

3 comments:

Unknown said...

awak...awk g ni bpe hb ye...nk tau tarikh sng nk najet g sne..nk ikut date tu..hehe

Tyra❤️Zami said...

NN ~ tgk sini ye :- http://inicelotehaku.blogspot.my/search/label/Panduan%20Itinerary%20Korea

Unknown said...

sori..bru check comment. nnti sy tgk ye..tq awk..