FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, June 26, 2014

Day 4 : Cuti-Cuti Seoul ~ Celoteh 2 ( Nami Island : Surau & Halal Food )

Dah 2 hari mood tak berapa nak ada... Gara-gara kesan akibat jatuh tangga minggu lepas, habis satu badan aku sakit-sakit.

Hari ni aku nak share beberapa lagi koleksi gambar sekitar Nami Island dan info Restoran Halal dan Surau di Nami Island. Korang kena teroka dalam-dalam sikit baru jumpa tempat-tempat menarik ni.
  
Berhenti jap bersihkan boot yang dah berdaki sebab lecak. Hujai turun renyai-renyai... Mr.Cool sempat nak berasap jap.

Lepas dah berasap, kami pusing-pusing lagi.. Sebenarnya misi nak mencari surau dan Restoran Halal yang kami google tu. Tapi pusing punya pusing tetap tak jumpa...

Masih berpusing-pusing lagi... Tetap tak jumpa...

Pusing pulak laluan belakang... Jumpa kawasan santai yang ada buaian kayu..

 Haaaaa.... Rupanya surau di Nami Island terletak betul-betul kat dalam bangunan ni..  Punya la jauh berpusing-pusing aku. Adoiii..
Ada library dan juga cafe sekali. Surau terletak di tingkat atas.
*Credit google*

Lepas solat jalan-jalan dalam bangunan ni. Super awsome library ni! Tengok belakang aku tu!!
*Aku membudgetkan diri...*

Taraa!! Lepas solat misi diteruskan mencari makanan Halal. Hakikatnya, memang susah nak cari Halal Food di Korea. Minority Islam. Jalan keluar dari bangunan Nami Library, akan nampak signage seperti dalam gambar. Masuk ikut lorong belakang aku tu ye !

Halal Food dia memang agak tersorok sedikit.
*Credit Google*

Luar cafe..

Antara menu-menu yang ada. Kitorang tak tahu nak order. Bantai je la. Janji makan halal.


Itu diaaa!! Nasi Goncang sudah sampeiii... Kami pilih Kimchi Pancake dan Tuna Basket. Air coke je la. Rasanya boleh tahan sedap.  Tapi budak yang duduk sebelah aku dalam flight kata tak sedap. Huhuhu.. Ntah, aku balun je. Tak cerewet. Agaknya tekak dia melayu sangat. Tak boleh terima makanan kat sini. 
*Sila pakai glove yang disediakan sebelum goncang nasi. Kalau tak melecur tangan korang, tolak 5 ribu duit hantaran hokeyyyy*

Lepas kenyang, kami jalan-jalan lagi teroka kawasan Nami Island. memang sangatlah besar kawasan ni. Rasanya kami tak habis pusing sampai belakang. Mr.Cool kata dah penat.
 *Tiba-tiba kalau time berjalan aku tak rasa penat langsung. Hahahaha*

Aku bersendirian lagi.. Battery camera flat sangat dah time ni. Tak boleh guna screen. Tak boleh berdua-duaan. Nasib badan la.. Padan muka.

Tah ceruk mana aku dan Mr.Cool masuk.. jumpa kawasan ala-ala kat New Zealand hokeyyyy... Ko ado??
*Highlight New Zealand > Next Vacation*

Berlatarbelakangkan sakura yang dah gugur.... hukhukhukkk..
*Sadis..*

OMG!!! I love this scenery!!

Mempoyokan diri sekali lagi.....

No comments: