MEKAH: HARI KE 6
Umrah
Masjidil Haram
Hakak tengah cuba untuk siapkan entry Umrah D.I.Y. ni laju-laju sebab dah basi sangat-sangat nak share cerita ngan korang. Tapi tak pe la, at least boleh dijadikan panduan bagi yang cuba untuk buat Umrah D.I.Y. ni.
Hari ke 6, kami 4 beranak bangun awal pagi dan solat subuh di Masjid Nabawi untuk hari yang terakhir di sini. Sedihnya hati nak meninggalkan bumi Madinah yang penuh dengan ketenangan dan keindahan ni. Moga satu hari nanti Allah mudahkan rezeki dan dapat kesini lagi.
Usai solat subuh, kami breakfast ala kadar, makan roti arab dan bersiap kemas bag sebab ustaz bagitau nak amik kat hotel dalam pukul 10 pagi dan akan bertolak terus ke Mekah. Mr. Cool bantu abah untuk pakai Ihram. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 7 jam.
Dalam bag dah standby roti kot-kot lapar nanti semasa dalam perjalanan. Perjalanan kami dari Madinah ke Mekah menggunakan kenderaan GMC SUV. Memang selesa sangat-sangat. Luas dan besar. Muat kami 4 beranak bersama ustaz yang mengiringi kami. Ustaz dah siap-siap bookingkan kenderaan, so korang tak perlu pening-pening kepala nak carik kenderaan.
Source: Google
Pemandangan padang pasir sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah.
Dipendekkan cerita, selepas berhenti untuk bermiqat, kami teruskan perjalanan ke Mekah direct ke hotel dulu. Sampai di hotel, kami check in dan drop bag, terus turun untuk menyelesaikan umrah kami yang pertama. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terima kasih buat mutawif kami yang setia dan membantu bagi urusan umrah disana.
Bilik penginapan. Besar jugak. Katil sorang 1. Selesa sangat. Booking dari Booking.com
Ada 2 jenis pengangkutan dari Hotel Nawazi Watheer ke Masjidil Haram. Guna Shuttle Bus & Benda alah macam kat kelab golf ni. Bas dia sentiasa ada dan korang boleh refer ke receptionist untuk jadual bas dia ye. Tempat bas turunkan di belakang masjidil haram, dekat dengan bus centre. Korang kena jalan kaki ke masjidil haram tu lebih kurang 600 meter. Tapi tak rasa jauh pun sebenarnya.
Mampu amik gambar je. Hotel ni betul-betul berhadapan dengan Masjidil Haram. Harga?
Tak mampu nak survey pun. Hahahaha
Saie
Selesai Umrah Pertama, lepas tahlul kami balik ke hotel dan singgah makan kat kedai ni. Berhadapan dengan hotel je. Staff restaurant orang Indonesia, so senang la korang nak communicate dengan dia. Boleh kata setiap hari dan setiap pagi makan roti canai kat sini. Hehehe.. Malam tu kami 4 beranak tidur dengan lena..
_________________________________________________________________________________
MEKAH : HARI KE 7 (ZIARAH JA'RANAH)
Bukit Thur
Arafah
Muzdalifah
Jabal Rahmah
Mina
Jamarat
Jabal Nur
Masjid Ja'ranah
Pagi tu dah janji dengan mutawif kami dari Mekah, Ustaz Syaha untuk ziarah beberapa kawasan di Mekah. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami sekali lagi, ketemu dengan seorang mutawif yang baik hati dan sangat membantu kami. Syukur, alhamdulillah.
Ustaz amik kami berempat naik kereta Camry. Memandangkan kami ber4 sahaja, kenderaan yang terbaik adalah kereta. Senang mak, tak sakit lutut nak naik tangga bas. Alhamdulilllah, Allah permudahkan. Terima kasih Allah.
Ziarah pertama kami di Bukit Thur, matahari tengah bersinar waktu ni. Silau. Maklumlah hanset pakai hanset cap ayam je time ni. Hahahaha.
Bukit Thur: Pencetus awal penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah seterusnya mengasaskan negara Islam pertama.
Arafah: Satu daerah terbuka dan luas. Disini umat Islam akan menunaikan rukun wukuf pada musim haji.
Jabal Rahmah : Dikatakan tempat pertemuan Adam & Hawa
Mina: Paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah pada musim haji. Kami tengok dari atas highway je ni. Sebab kawasan ni dibuka pada musim haji sahaja.
Seterusnya ustaz bawa kami melawat kawasan Jamarat, Jabal Nur dan Masjid Ja'ranah. Selesai ziarah lebih kurang jam 12 tengahari. Kami minta ustaz drop ke Masjidil Haram nak habiskan masa di sana sahaja seharian.
Mak.... Sayang Mak banyak-banyak....
Bila tengok gambar ni rasa nak mengalir air mata... Mak kuat semangat. Ltut mak tak sakit pun masa kat sana.
Betapa Allah berikan aku peluang untuk berbakti kepada mak dan abah di sini.. Allahuakbar.. Rindu saat itu..
________________________________________________________________________________
MEKAH : HARI KE 11 (ZIARAH HUDAIBIYAH)
Ladang Unta
Masjid Hudaibiyah
Muzium Mekah
Macam biasa, jam 8 pagi ustaz dah tunggu di hotel, nak bawak kami ziarah hudaibiyah. Ziarah pertama dimulakan dengan melawat ladang unta.
Ustaz tolong jadi cameraman kami.
Dah jadi cameraman, siap belanja kami susu unta 2 botol lagi. Mula-mula mak tak mau try, hihihi. Tpi hakak ni sejenis suka mencuba, bila hakak dah try tu...pehhhhhhh.. sedap gile..... hakak paksa mak try minum susu unta, muka mak kelat-kelat nak mencuba. Tiba-tiba lepas cuba mak cakap, sedapnye.... Hahahahahaha. #kat mana nak cari susu unta kat KL ni :-(
Lepas tu ustaz bawa kami ziarah ke kawasan Bekas tapak Masjid Hudaibiyah : daerah perbatasan Tanah Haram sering dijadikan tempat bermiqat bagi yang melaksanakan ibadah haji atau umrah.
Selesai ziarah di kawasan tapak Masjid Hudaibiyah, ustaz maklumkan nak bawa kami ke Muzium Mekah. Kata ustaz, harapa-harapnya bukalah sebab muzium ni selalu tutup dan jadualnya susah nak jangka dia buka atau tutup. Kalau buka tu, makanya rezeki kami 4 beranak nak kesini.
Alhamdulillah. Sampai di Muzium Mekah. Rezeki berpihak kepada kami, muzium ni buka hari ni. Dapat gembirakan mak dan abah sekali.
Dikenali sebagai muzium pameran 2 masjid suci yang dibina oleh Raja Fahd bin Abdul Aziz.
Model Masjidil Haram
Lokasi Mekah zaman dahulu
Bekas Hajar Aswad
Gambar Asal: Kaabah Zaman Dahulu
Hari-hari seterusnya kami menghabiskan masa di Masjidil Haram dan melakuakn umrah & tawaf..
_________________________________________________________________________________
MEKAH : HARI KE 15 (TAWAF SELAMAT TINGGAL)
Sayu hati bila fikir dah nak balik. Seronoknya berada 15 hari di tanah haram ni bagaikan hilang semua masalah. Fikiran kosong, tak ada bebanan. Hari terakhir, kami dah deal dengan pihak hotel, minta bookingkan pengangkutan dari hotel ke airport Jeddah. Kebetulan staff hotel tu pun warga Indonesia, memang mudah sangat nak berkomunikasi.
Lepas selesai tawaf selamat tinggal, terus balik hotel dan check-out. Dari hotel ke Airport Jeddah lebih kurang sejam rasanya. Boleh tahan laju driver taxi ni bawak.
Selamat Tinggal Haramain.... Moga satu hari nanti Allah menjemput kami kesini lagi.. Amin.
No comments:
Post a Comment