Kami bertolak ke Madinah pada jam 1.30 ptg… sampai lebih kurang pukul 7.40 ke 8.00 malam waktu tempatan. Penerbangan direct amik masa 8 jam.
Sampai kat
airport Madinah, kena que panjang jugak. Since aku bawak parents, aku minta
parents aku duduk dulu.. dah dekat baru aku panggil.
Lepas
selesai urusan imigresen, kami ke masjid berhadapan dengan airport menunaikan
solat jamak maghrib dan isyak.
Lepas tu, nak ke hotel, kami amik taxi airport je. Tak susah pun. Kat luar airport memang banyak
kenderaan pelbagai saiz yang dah standby untuk pickup customer. So korang just pilih je la saiz taxi tu ikut kapasiti keselesaan yang korang nak. Untuk kami 4 beranak ni, aku pilih van. Selesa dan besar.
Lebih
kurang 15-20 mins, kami sampai di hotel Saraya Taba. Selesai urusan check-in, masuk bilik dan berehat.
Aktiviti
dimulakan pada hari esoknya since aku tengok parents aku tak larat dan bagi
masa dorang rehatkan badan.
Masjid di hadapan airport Madinah
_________________________________________________________________________________
ITINERARY MADINAH: HARI KE 2 HINGGA 6
MADINAH : HARI
KE 2
Makam Rasulullah
Perkuburan Baqi
Muzium Asmaul Husna
Pagi tu,
kami bersiap-siap untuk menziarahi Masjid Nabawi.
SUBHANALLAH.. Itu ungkapan
pertama bila menjejakkan kaki ke sana. Tak dapat gambarkan perasaan.
Macam-macam ada. Alhamdulillah, Allah pilih kami untuk bersama-sama ke sini
dengan kedua orang tua kami.
Masuk Masjid Nabawi, lihat keindahan masjid, dan
solat sunat sekali. Antara tempat kami ziarah pada hari ke-2 adalah di Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi dan Muzium Asmaul Husna diiringi oleh Mutawif kami yang merupakan pelajar Malaysia di Universiti Madinah. Terima kasih ustaz. Baik sangat-sangat ustaz ni.
Masjid Nabawi
Cantik sangat struktur pembinaan dalam Masjid Nabawi ni
Ruang solat wanita
Waktu ni jemaah lelaki berpusu-pusu dan berlumba-lumba mengiringi jenazah untuk dikebumikan di tanah perkuburan Baqi.
Perkuburan Baqi. Hanya orang lelaki sahaja dibenarkan masuk. Sesiapa yang meninggal dunia di bumi Madinah, dapat dikebumikan di sini.. beruntungnya disemadikan bersama-sama sahabat Rasulullah disini..
Mutawif yang setia membantu kami.
Museum Asmaul Husna
Tiba-tiba datang 2-3 orang mak cik dari Indonesia join mutawif kami. Tak pe la mak cik. Kami ok je. Sama-sama kongsi ilmu :-)
_________________________________________________________________________________
MADINAH : HARI KE 3
Museum Al-Quran
Sokaifat Bani Saadah
Kawasan Sokaifat Bani Saadah
_________________________________________________________________________________
MADINAH : HARI KE 4
Masjid Quba
Universiti Al-Madinah
Bukit Uhud
Masjid Al Qiblatain
Muzium Mariz Al Emaan
Masjid Quba
Di hadapan pintu masuk Universiti Al-Madinah
Bukit Uhud
Muzium Mariz Al Emaan
Sejarah dan melihat reka bentuk Kota Madinah zaman dahulu
_________________________________________________________________________________
MADINAH : HARI KE 5-6
Hari ke 5 dan 6 kami menghabiskan masa mengaji dan solat di Masjid Nabawi serta jalan-jalan di kawasan sekitarnya. Lepas tu, beli beberapa buah tangan dan jubah murah-murah. Sehelai RM40 je.
Shopping Mall belakang hotel kami. Jalan kaki je. Murah-murah sangat jubah kat sini. Dah compare dengan di Mekah.
Rindu nak ke sini lagi....
2 comments:
Assalam. Hotel saraya taba ni dengan masjid nabawi jalan kaki brp minit ye?
x jauh pun... dkt dgn pintu lelaki... hotel ni bukan area jemaah malaysia duduk.. byk arab duduk...
Post a Comment