FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Wednesday, May 15, 2013

Day 1 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 3 (Jimbaran Bay Seafood, Sunset)

Selepas urusan check-in selesai dan berehat sekejap di bilik, solat dan mandi, kami bersiap-siap untuk dinner besama.... Kira 2 in 1 jugak la... dinner + tengok sunset yang tak berapa nak sunset hari tu.... Aii.. sedih sungguh la... Lokasi dinner ni adalah di Jimbaran Bay Seafood.. memang penuh dengan mat salleh.. plus ada jugak orang kita, tapi tak berapa ramai... namapak dari jauh je..

Honestly, makanan seafood kat sini tak berapa nak pergi dengan tekak aku... Nasi ala-ala macam beras pulut.. sememangnya aku ni bukan peminat pulut dan memang tak makan pulut.. jadi, tekak pun rasa tak berapa nak indah sangat la... Ketam, Sotong, Udang & Ikan dibakar ... semua seafood tu dicicahkan dengan sos... cuma 1 je yang aku suka.. sos dia... yummy !! Kira ok la walaupun nasi tak berapa nak telan, tapi yang lain aku boleh jugak ratah... hehehehehe...

Harga untuk 1 dinner set ni lebih kurang 400,000 rupiah.. (RM120).. sebab tamak haloba sangat, kami order 2 set dinner... hambik kauu!! Last-last tak habis pun.... Oh ya, lupa nak bagitau... dalam set ni ada Nasi, Seafood yang aku dah explain td(tak yang nak taip lagi la ye..),Air Kelapa & Aqua (mineral)...

So, dipendekkan cerita, jom la layan gambar-gambar sunset yang sempat aku snap walaupun tak berapa nak jumpa sunset tu.. >>



angel yang menarik hasil tangkapan Mr.Cool... cewahh!


lautan manusia bersisiran tepi pantai...


ha... tu dia.... sunset is coming!!


sedapnya tengok jagung bakar ni... konon nak beli lepas dinner.. haram..perut dah penuh^^


Sunset, oh sunset.... !!




Mr.Cool mempoyokan diri nengok sunset yang x berapa sunset tu...


hari semakin gelap.... aku stop snap pic sebab nak makan dulu....


pemandangan dari luar restaurant seafood ni... not bad dengan langit membiru...


Hari semakin gelap.... kami pun dah kenyang......


Sempat jugak mintak tolong Made snap pic... dia memang jadik photographer kami yang tak berbayar tau... ko adooo???


aku posing ayu lepas perut dah penuh...


No comments: