FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, May 17, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 5 (Rice Field, Tegallalang)

Habis menawaf di kawasan Luwak Coffee, kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel.. Sempat jugak singgah di Rice Field, yang terletak dikawasan Tegalalang.. Cantik view kat sini... Yang aku perasan kawasan di sini kebanyakkan padi di tanam di bukit... Padi Bukit kata Mr.Cool.. nampak bertingkat-tingkat... Rice Field ni terletak di kawasan menuju ke Luwak Coffee & Gunung Kintamani.. Kan aku dah cakap, masa perjalanan aku tido.. jadi aku tak nampak apa yang ada di sekeliling.... Nak balik baru nampak.. hihihihii...

Made drop kami, dan dia mengajak kami turun ke kawasan bukit itu.. Ikut aje lah photographer tak berbayar tu.. Dah la laju je berjalan...Penat aku mengejar dia... Last-last, ini yang kami dapat hasil dari mengikut Made.. Jom tengok !!


Aku & Mr. Cool berlatarbelakangkan Rice Field... nyaman je udara kat sini...


Pemandangan Rice Field dari jarak jauh... masa ni matahari hampir terbenam... cahaya tak berapa menarik sangat... Abaikan silauan pada Rice Field tu ya....


Hahahahahahaha!! Aku tengok balik, aku yang ketawa.. korang perasan tak apa yang aku perasan?? Mr. Cool aku bergaya posing macam pak cik ni weyy..! OMG!! My Mr. Cool yang tak pandai posing atau pak cik ni yang terlebih posing?? Oh, tidak!! Macam anak beranak gituuuu...


Aceh..acehhhh.... aku kepoyoan bergambar dengan benda alah apa tah ni.. cara traditional gendong padi kot... Lawak la... Konon control cun, tapi sebenarnya berat tau "menatang" ni...mau patah bahu aku... adoiiii.. padan muka ko tyra.....


Selepas puas bergambar bersama pak cik cool tadi, kami bergerak terus nak balik hotel...Badan dah melekit-lekit, layu, penat, lemah... balik hotel, nak tido, cass.... Sepanjang perjalanan pulang ke Hotel Hawaii Bali, banyak sangat kedai-kedai tepi jalan yang menjual perhiasan yang menarik... Hati aku menahan untuk tidak mahu singgah... Badan dah lesu la katakan.... cewahhhh.....

Namun, bila makin hampir ke jalan besar, makin banyak pulak la kedai-kedai yang menggila ni... Haram jadahnya la Made bawa kami lalu sini.... Dan tanpa diduga oleh Mr. Cool aku, aku akhirnya bersuara....

'Made, can u stop for a while?' Only for 5 mins... hahahahahaha.... sambil aku menoleh ke Mr. Cool.. Mak aii...!! Bulat mata Mr. Cool memandang aku !!!

Hahahahahahahahahaha!!! Akhirnya aku tewas dengan bisikan syaitan... Nampak gayanya, Made terpaksa juga berhenti... Kesian dia... Aku tengok dia pun dah lembik sebenarnya.. Tapi, nafsu membeli lebih menguasai dari perasaan simpati pada Made.. Hahahahahahahahha... teruk betul aku ni!!

Korang mesti tertanya-tanya, cantik sangat ke perhiasan yang ada??? Sampai aku jadi gila kejap??Memang cantik dan harganya amat-amat berbaloi..... Aku cuma sempat snap pic kedai yang aku pergi saja.. Yang menjual barangan lain aku tak sempat nak snap.. Al-maklumlah, tadi aku mintak 5 mins.. So, Mr.Cool pegang tangan aku bukan main kuat lagi... Bukan takut aku tertinggal, tapi takut aku terlepas ke kedai lain.. Hahahahahaa.. Tak senonoh betul ye...

jom kiat menggilakan diri sekejap layan perhiasan yang menarik lagi gila... Sepanjang jalan ni, penuh dengan kedai-kedai macam ni.. Korang boleh pilih mana kedai yang menajdi pilihan hati ya.. Happy shopping!!

Ceramic ni dihiasi dengan pecahan kaca bersegi yang berwarna warni... Biasanya jual 1 set.. Besar, sederhana dan kecil.. boleh juga kalau kita nak beli runcit-runcit... Harga 1 set adalah 60,000 Rupiah (RM18).. MAU TAK GILA AKU????
Note: Ini handmade tau... aku siap tengok lagi minah kedai ni buat ceramic ni.. Malangnya, dek kerana dikuasi nafsu menyoping, aku terlupa nak snap pic.. Ah!! Menyesal pulak.....


Tengok, ada ceramic, ada mangkuk dan ada cermin... Macam-macam hiasan & bentuk.. Aku hampir terbeli dengan cermin ajaib tu... Malangnya Mr.Cool tak bagi... ' Sapa nak angkut nanti ni??' katanya... Muncung.....
Note : Cermin cantik ni harganya sekitar 27,000 Rupiah (RM9) shj.. Gila kan???


Cantik kan? Teruja tak nak membeli?????
Akhirnya aku tewas dengan membeli 2 set ceramic tu... Hahahahahahahaaa.....

Sambung selepas solat Asar....


No comments: