FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, May 17, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 4 (Luwak Coffee)

Selesai makan dan bergambar di Kintamani, kami meneruskan perjalanan ke Ladang Kopi di Bali.. Tempat tak terlalu jauh, sebab memang sehala dengan perjalanan balik kami.. jadi kami pun singgah.. Ia dinamakan 'Luwak Coffee'.. Luwak tu sebenarnya dalam bahasa Malaysia ialah Musang.. di Bali dipanggil Luwak.. Musang ni akan memakan tumbuh-tumbuhan.. Bila dah makan, mesti la musang ni membuang kan... Jadi, buangan musang inilah yang diambil dan diawet menjadi coffee... korang geli??? Aishh..aku pun mendengar story dari tourist tu macam geli... dok mebayangkan sisa buangan tu... Tapi, setelah diberi penerangan bahawa makanan yang dimakan Luwak itu hanyalah tumbuh-tumbuhan jadi kurang sikit rasa kegelian aku... Oh ya, Luwak Coffee ini adalah salah satu coffee paling sedap di dunia.. sejauh mana kesahihannya, aku tak pasti.... Terima dan dengar je la cakap tourist tu.. Kalau dia tipu, maknanya korang pun tertipu.. hahahahaha!!

Di kawasan Luwak Coffee itu akan ada sample dan tester air kopi yang ada... Bila try, mak aiiiiiiiii... sedap gila air kopi dia.. tak sama dengan air kopi kat Malaysia.. kalah Kopi Kapal Api tau!! Ada perisa Chocolates, Berry, Vanilla, Ginger dan macam-macam lagi.. sampai aku pun dah lupa... Tak silap masa dihidangkan ada lebih kurang 12 perisa... Kenyang kopi je la kami petang tu....

Disebabkan coffee luwak ni sedap, Mr.Cool terpengaruh nak beli coffee ni... beli la jugak mini packet... sebab luwak coffee ni harganya mahal nak mampuih!! Harga mini packet dalam 60,000 Rupiah (RM18).. Dapat try pun ok la... Pulak tu Mr.Cool tamak sangat.. beli sampai 2 pcs mini packet... Kering-kering.... Kesudahannya, lepas balik Malaysia, memang aku tak sempat-sempat buat coffee tu... Hampeh!

Ok la semua, jom kita cuci mata apa yang ada di sekitar kawasan Luwak Coffee ni >

Aku tak tau apa nama pokok ni... dah diberitahu, tapi aku terlupa la....
Ni pun aku lupa..... sorry la ye kawan-kawan.... nt aku hapdep nama pokok ni kemudian..


Kalau korang tak kenal ini buah apa, memang nak kena buang kerakyatan la jawabnye!! Malaysia pun belambak-lambak tau...


Ni dia musang yang dipanggil 'Luwak' tu.... comel tak Kak Eton????


Ni pulak kelawar.. Batman.. saja je kot dorang letak Batman kat sini.. Tak tau apa motifnya...


Inilah kopi luwak... Ni la rupanya sisa buangan fresh dari musang tu... belum awet... *Note: sisa ni memang semulajadi kering.. so, korang boleh sentuh... tak geli pun...


Ni pulak selepas diawet dan dikeringkan.... bersedia nak digoreng dan ditumbuk... Masa gorengan, sedapnya bau kopi tu........Enak...

Kemudian proses yang terakhir, kulit dibuang... jadilah warna camni.... Ni semua handmade tau.. katanyaaaa.... kalau dia tipu, korang pun kena tipu lagi la gamaknya...@@


Ni dia Kopi Bali yang sedap tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! dah macam rupa kekacang kan?? Siap suruh rasa lagi.. ish, idak le aku nak merasa... berak hijau aku nanti.. pahit!!


Sedapnya... warna kopinya memang menarik... kalau rasa lagi menarik.. tertarik... wow!!! korang kena datang sini tau kalau nak rasa kpi bali pure.... :-)


Adik ni sedang menggoreng kopi dengan cara traditional... Handmade la kopi kat sini.. tu pasal sedap... Katanya, lama jugak nak tunggu masak.. dalam 3-4 jam.. Kematu tangan dok golek-golek kopi..  hihi....
* hitam bebenor dinding tu!! makanya tu menandakan yang memang real coffee hokeyyy.. Jangan tak percaya!!


Ini buah koko... koko muda kot.. hijau je warna dia... ada disepanjang jalan nak masuk ke tempat pemprosesan kopi.....haaa, tengok la puas-puas bagi orang yang tak tahu pokok koko hoykeyyy!! *campak dalam gaung bagus jugak korang ni*

Gambar atap di tempat rehat kawasan proses kopi... kat sini tempat tester..cantik pulak atap ni.. classic gitu...tu la gambar 'Luwak'... Nampak x? Tak nampak sila tambah power cermin mata korang ye!


Disediakan sugar and extra coffee untuk tester... Sesiapa yang kuat manis tu boleh la tambah gula lebih sikit... :-)

La........ sambung lagi????

No comments: