FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, May 16, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 2 (Batik Handmade, Old Palace)

Seterusnya kami bererak ke lokasi 'Batik Handmade' .. Disana korang boleh tengok batik handmade asli.. memang klasik habis la cara pembuatan batiknya... Ada jugak jual pakaian dan kain batik asli dari Bali.. tapi harganya... adoi mak aiii..... tercekik leher nak bayar nanti tau... memang agak mahal.. bukan agak, tapi sememangnya mahal.. Harga sepasang Kemeja lelaki dalam 500,000 Rupiah (RM150).. Tapi, buatan dia memang cantik dan sangat kemas sekali... Jom kita layan mana gambar yang sempat-sempat aku curik snap ni...

* Note : Dalam gedung jualan tak boleh snap la... so, memang tak dapat nak tunjuk kat korang baju-baju dan kain-kaian yang dijual... No Camera Please!! Kata promoter tu.... :-(


Minah Bali ni sedang menunjukkan skill melukis batik secara asli... Aku sempat jugak tanya dia gunakan alatan apa... katanya dengan menggunakan Lilin... tu yang nampak kilat semacam je... :-)


Ha.... ini dia cara menenun batik asli.. Made in Bali gitu... tekunnya akak tu ye.. tak tahu la berapa lama masa yang diperlukan untuk siapkan batik ni.. sebab aku tengok benang tu macam panjang jeee.. Silap-silap 4 bulan pun tak siap lagi... Mungkin kerana tu hasil batik yang dijual agak mahal.. berbaloi dengan kualitinya..

Dah habis tawaf kawasan Batik handmade tu kami bergerak ke Old Palace dimana kawasannya adalah di Ubud.. Tak ada bayaran untuk masuk... Free of Charge.. Tapi bayak pintu dan kawasan dalam Palace ni ditutup... tak tahu kenapa orang awam tak dibenarkan masuk... Hanya sekitar luar sahaja... Meh tengok apa yang ada dalam Palace ni..

Opsss!! Ada permasisuri laaa.. ngah teropong orang.. hihihihihi..


Ni kawasan apa tah.. tak tahu.. Ala-ala tempat beristirehat...Mungkin tempat rileks-rileks bagi Raja dia kot... *Aku menggedikkan diri jap posing maut*


Ha... ni la yang aku cakap kawasan ditutup tu.. Kami hanya dibenarkan bergambar hingga ke tangga tu je.. Dalam tak dibenarkan...

Ada jugak tulisan Cina kat sini.. Compius jap.. Raja dia ni orang Bali ke orang Cina??

Ni adalah arahan sebelum nak masuk ke kawasan Palace tu.. Sila berpakaian sopan ye kawan-kawan...


Keadaan di Pekan ubud.. Jammed jugak.. Budak-budak balik sekolah rasanya.. tu pasal jammed.. Waktu ni tengahari.. Matahari terik memancar-mancar.... Berpeluh-peluh jappp....


Cewahhhh!! Ni lah dia Permasuri nya.... Caye tak? Caye tak??
* Bunga kat tepi kepala tu macam trade mark Palace tu tau... memang banyak kat situ....


Ok... to be continue.... Nak ke toilet japp....>>



No comments: