FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Thursday, May 16, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 3 (Gunung Kintamani, Batur Sari Restaurant)

Setelah penat berjalan separuh hari dengan cuaca yang terik, perut kami pun lapar.. memulas-mulas..  Made janjikan pada kami yang dia nak bawa kami ke tempat makan special... so aku ikutkan aja... Kata Made lagi, 'ok, now u boleh tido... jauh ni....' Kami pun apa lagi, tak sampai 5 minit aku tengok Mr. Cool dah belayar.. siap ada bunyi-bunyi lagi tu.... Lalu, aku pun tido sama... Tinggallah Made sorang-sorang drive.. hihiii...

Lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan, aku terjaga.. masa tu dah sampai ke satu kawasan pergunungan...Nama kawasan ni adalah 'Kintamani'... atau ada sesetengah orang panggil 'Lake Batur'.. Nama 'Kintamani' ni berasal dari nama gunung di sini.. sebab tu kawasan ini dinamakan Gunung Kintamani...Dan bersebelahan dengan gunung ada Tasik... iaitu Lake Batur... Subhanaallah... Indahnya pemandangan kat sini.... Ini salah satu tempat wajib yang korang kena pergi tau...

Di sini, ada sebuah restaurant yang dinamakan 'Batur Sari Restaurant'... Halal food... Sangat cantik view yang ada disini... korang boleh pilih sama ada nak makan menghadap gunung, atau dalam pondok, atau dalam restaurant ni... Aku pilih dalam pondok je.. sebab kalau nak menghadap gunung, memang la aku x berani...Hujung-hujung meja batu tu dengan gaung meluas kat bawah...  Silap-silap makanan aku suap tu meleleh-leleh jatuh tak masuk mulut..  Al maklumlah aku ni gayat tahap kronik hokeyyyy.... Memang melayang-layang badan aku rasa nanti..

Harga makanan kat sini sekitar 120,000 Rupiah (RM36) per person.. Makanan yang disediakan adalah ala-ala buffet.. Dan air yang disediakan adalah Air Kopi Bali dan juga Tea... Air Kopi di Bali memang sedap.. Korang wajib cuba tau!! Cuma makanan dia tak berapa sedap sangat.... Tak tau la kenapa... bagi aku, makanan kat Malaysia adalah makanan yang paling sedap sekali diantara negara-negara yang ada.. Cewahh!!

Tak yah cakap panjang-panjang, jom kita tengok apa yang ada sekitar restaurant ni.. >>


Duduk dalam pondok pun nampak jugak gunung Kintamani yang cantik tu.....cantik tak.. cantik tak..??


Ni muka selepas kekenyangan.... * Abaikan perot yang membulat tu *


Ha... tengok?? Kan aku dah cakap aku ni gayat... aku tak nak pergi sampai hujung tiang tu tapi Mr.Cool paksa jugak... tak pasal-pasal nampak kaku jeee..


My Mr.Cool mempoyokan diri menunjuk kat aku yang dia berani sampai ke hujung.. cehh!!


Bila tengok balik gambar ni, rasa menyesal tak pergi sampai hujung... cantik pulak view... Awan-gemawan yang suram.. sejuk jeeee ^^


Ha... kat sini aku berani la duduk..... berlatar belakangkan Gunung Kintamani.. cantekkkk sangattt :-)


Thanks to pak waiter yang baik hati.. tolong snap pic kami.... Selamba beruk je Mr.Cool minta tolong.. aku pula yang malu.. adoiii.. tapi, gambar ni cantik sangat.... rindu nak ke sini lagi...


Wahhhhh... konon-konon berani la tu ye?? Mr.Cool buat muka selamba ja.. walhal aku nak turun tangga sikit, snap pic dia ni pun kakiku dah ketar..
* Note: Tangga ni menuju ke surau.. jadi korang boleh singgah solat kat sini kalau rasa tak sempat balik hotel..

 Sambung lagi... nak lunch jap... bawa bersabar ye!


No comments: