FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Monday, May 20, 2013

Day 2 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 6 (Art Gallery)

Mak aii..... Aku hampir terlupa yang aku ada suku lagi story nak ceritakan kat korang semua... Selepas membeli ceramic yang bagai nak gila tadi tu, kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel... Memang kali ni niat habis dah nak menyinggah mana-mana tempat... Habis nyawa dah hari ni!! Masing-masing membisu dalam kereta.....

Tapi, tiba-tiba, dalam 15 minit selepas tu, Made buka suara... Made tanya, " Sis, u mau tengok arts tak?? ".... Allah.................... Kaki dah tak alrat nak berjalan tapi niat dalam hati tu macam nak... hihihihi... Ok la, last-last leaps bincang dengan My Mr.Cool, dia pun setuju untuk singgah sekejap.. Kata Mr.Cool, ini last ye!!    'Ok!' Jawab aku dengan confident..

Masuk kedai arts kat situ, memang cantik sangat lukisan yang ada... Memang kreatif sungguh hasil seninya... Kalau kat Malaysia ni, lukisan biasa je pun, yang tak la menarik mana pun, yang dijual di Central Market, mau beratus-ratus... tapi kat sini, korang boleh dapat dengan harga serendah 150,000 Rupiah (45) untuk lukisan yang besar... Bayangkan dengan lukisan yang kecil.. pasti harganya memang menggila....

Aku pun sambar juga 1 set frame dan jugak lukisan abstrak... Sampai sekarang dok bergulung lagi tak gantung-gantung.... Bila terpandang, esok la.... esok la... Lama-lama dah 2 minggu esoknya... huhuhuhu...

Jom tengok kami beraksi bersama lukisan yang mabelessss ni ye.. >>
Note : Ada satu lukisan yang sensor.. sorry ye.. tak boleh hapdep.. nanti kena gam pulak blog aku ni!!


 Mr.Cool konon-konon cuba meng'cool'kan diri......cewahhh!!
 Again..... My Mr.Cool 4 ever......
Mr.Cool budget nak buat macam rimau tu... ceh!!


Hasil tangkapan ditengah-tengah arts studio..... Thanks again to Made!!


Ni one of Made's favorites arts..... Memang classic habis laaaaa...
Habis dah Day 2... to be continue with the Last Day... C ya!!

No comments: