FAMILY & TRAVEL

“In the end, kids won’t remember that fancy toy you bought them, they will remember the time you spent with them.” – Kevin Heath

Friday, May 31, 2013

Day 3 : Cuti-Cuti Bali ~ Celoteh 1 (Tanah Lot)

Sekian lama sambungan entry aku ni membisu seketika, akhirnya hari ni aku nak hapdep kesemua entry bagi hari ke-3 iaitu hari terkahir aku bercuti di Bali, Indonesia.. Hari ni adalah hari terakhir bagi bulan May.. Jadi aku kena habiskan entry ni sebelum masuk bulan baru.. Haishhh... cayok..cayokkkk!!

Macam biasa, seperti kebiasaan, lepas sarapan, terus tunggu Made.. Kami memang awal.. Tak nak bagi Made tunggu lama sangat... Kami buat keputusan untuk check-out sekali.. Senang.. Tak payah nak patah balik ke hotel semata-mata nak check-out :-)

Kereta khas untuk Bell Boy.. hehehehee..

Ewahhhh... sempat posing gedik atas buaian kat hotel ni sebelum check-out..

Bank BNI ni untuk korang yang dah terover shopping kat Bali, lepas tu dah tak ada duit, boleh la cucuk duit kat sini... Pilih untuk CREDIT ye.. baru boleh kuar duit... Mesin ni ala-ala MEPS jugak la... duit yang keluar dalam bentuk RUPIAH tau.. bukan RM.. hihihii..

Lokasi pertama di pagi hari terakhir kami adalah ke Tanah Lot.. memandangkan aku booking tiket balik ke Malaysia penerbangan terakhir sekali, pukul 9.50 mlm, jadi memang sangat-sangat sempat la untuk kami bercanda ria lagi.. ewahhhhh...

Di Tanah Lot ni merupakan satu tempat di mana Temple yang paling tertua sekali di Bali.. Lokasi memang strategik sangat. Jarak dari hotel kami ke Tanah Lot kira-kira 30km jugak la... rasa perjalanan tu agak lama sebab jalan ke sana agak kecil dan sempit... Jadi Made tak boleh nak bawa kereta macam selalu.. Hehehehe.... Kalau tak rasa nak tercabut nyawa korang tau tak... *urut dada tiap kali Made mencelah-celah*

Admission fee untuk Tanah Lot ni adalah 30,000 Rupiah (RM10).. INGAT FREE KEEEE???

Tanah Lot ni salah satu recommended untuk korang... cantik tau view kat sini.... Jom layan gambar yang ada >>

 
 Entrance menuju ke Temple
 Ni adalah kawasan-kawasan yang ada di sekitar Tanah Lot
 Again... Thanks to Made... Nice shoot :-)
 Upper view
 No Entry!! But My Mr. Cool already get in there!!
 ~ I love this ~
 Bentuk seakan kapal kan?? Nampak tak minah saleh dok tercongok kat batu tu?? Tau depa buat apa tak?? Ready nak surf tau!!
 Ha.................... tuuu... kan aku dah cakap... selamat dah terjunan depa...
 Menggedik sekali lagi di tengah-tengah rumpun yang ada..... ewahhhh...!
Sambung ke Lokasi seterusnya......

No comments: